Tingkat semangat kerjasama

Tingkat semangat kerjasama

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Sept – Seramai 20 orang belia telah berjaya menamatkan Latihan Pembangunan Pasukan dan Kepimpinan Belia (TTYL) anjuran Majlis AIDS Brunei Darussalam (BDAC) menerusi Kelab Penyinar, yang berlangsung selama tiga hari di Pusat Belia, baru-baru ini.

Penyampaian sijil kepada para peserta pada majlis penutup yang berlangsung pada 7 September lalu, telah disempurnakan oleh Naib Presiden BDAC, Dayang Liyana Imani binti Abdul Latif selaku tetamu kehormat majlis.

Menurut kenyataan BDAC, latihan yang mendapat sokongan Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan itu diadakan sempena cuti penggal persekolahan yang bertujuan untuk melibatkan para belia dalam bengkel-bengkel dan sesi pembangunan kapasiti.

Antara objektifnya adalah untuk membangunkan kapasiti pendidik muda dalam kemahiran pengurusan dan penyampaian, menanamkan keyakinan kepada para belia yang menjawat jawatan pengurusan, meningkatkan semangat kerjasama dalam kalangan ahli pasukan, mengenal pasti prinsip kemahiran kepimpinan serta kepimpinan yang efektif.

Antara aktiviti yang dijalankan ketika latihan tersebut.
Antara aktiviti yang dijalankan ketika latihan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA