Tingkat semangat patriotik

Tingkat semangat patriotik

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jan – Jabatan Penerangan melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan, hari ini mengadakan Taklimat Kenegaraan Menghayati Lagu Kebangsaan dan Bendera Negara di Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (SUAMPRIPAD).

Taklimat tersebut yang dihadiri oleh pelajar-pelajar Tahun 8 dan 9, bertujuan meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat khususnya kepada para pelajar supaya dapat menjiwai lagu kebangsaan dan bendera negara. Penolong Pegawai Penerangan, Awang Eddy Iswandy bin Haji Ismail dari Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan dalam taklimatnya antara lain menerangkan mengenai dengan tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, ‘Allah Peliharakan Sultan’.

Semasa taklimat itu, para pelajar dan tenaga pengajar sekolah berkenaan juga berpeluang menyaksikan klip video ‘Kibarkanlah dengan Megah Bendera Negara’ dan seterusnya menyertai Kuiz Kenegaraan.

Program tersebut merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai semangat patriotisme para pelajar untuk menghormati serta menjiwai lagu kebangsaan dan bendera negara.

Pelajar-pelajar yang menghadiri program taklimat berkenaan.
Pelajar-pelajar yang menghadiri program taklimat berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA