Tingkat semangat patriotisme

Tingkat semangat patriotisme

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Jan – Kumpulan Permata Permai muncul juara Pertandingan Koir Lagu-lagu Patriotik antara Mukim-mukim bagi Daerah Brunei-Muara sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-32.

Manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh kumpulan Permata Insyirah dan Three B Harmony.

Hadir  menyampaikan hadiah pada pertandingan yang berlangsung di Dewan Auditorium Jabatan Penerangan di sini ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara yang juga Ketua Kampung Belimbing, Yang Berhormat Haji Gapor @ Haji Mohd Daud bin Karim.

Pemangku Pegawai Penerangan Kanan, Haji Dayang bin Haji Kasim dalam ucapannya menjelaskan, lima buah mukim bertanding dalam pertandingan yang julung-julung kalinya diadakan sebagai platform kepada mukim menyampaikan semangat patriotisme dan nasionalisme mereka yang berhubung dengan mencintai negara, berbangsa, mencintai raja dan membangun negara.

Persembahan daripada Kumpulan Permata Permai yang menjuarai pertandingan itu.
Persembahan daripada Kumpulan Permata Permai yang menjuarai pertandingan itu.
Haji Dayang ketika memberi ucapan pada majlis itu.
Haji Dayang ketika memberi ucapan pada majlis itu.
Permata Insyirah muncul naib juara dalam pertandingan itu.
Permata Insyirah muncul naib juara dalam pertandingan itu.

Selain itu, ia juga diadakan untuk meningkatkan daya saing mukim-mukim dan kampung melalui lagu-lagu patriotik.

Pertandingan yang merupakan anjuran Jabatan Penerangan itu juga bagi memberigakan lagu patriotik Brunei kepada orang ramai sebagai salah satu wadah pendidikan, selain mengetengahkan bakat yang sedia ada dalam kalangan pelajar dalam pecahan vokal dan harmoni serta berani beraksi di hadapan khalayak ramai.

Ia juga bertujuan untuk melahirkan satu kumpulan yang bersatu padu, bekerjasama dan berdisiplin serta meningkatkan nilai-nilai estetika sebagai persiapan awal membuat persembahan sama ada dalam mahu pun luar negara serta menanamkan nilai dan semangat kompetitif dengan cara yang sihat.

Dalam pada itu, pertandingan ini juga dihasratkan untuk memberi peluang kepada para kumpulan untuk berinteraksi dan bergaul dalam suasana yang harmoni dengan tujuan untuk membina sifat dan peribadi positif dan setia kawan serta meningkatkan semangat patriotisme dan cintakan negara dengan penglibatan dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan.

ARTIKEL YANG SAMA