Tingkat semangat pelajar hadapi peperiksaan

Tingkat semangat pelajar hadapi peperiksaan

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 16 Nov – Bagi mempersiapkan para pelajar yang bakal menghadapi Peperiksaan Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama (SSSRU) tahun ini, satu Program Motivasi Pelajar Cemerlang bagi murid-murid Darjah VI sekolah-sekolah agama Daerah Tutong telah diadakan di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong, kelmarin.

Hadir menyampaikan ceramah motivasi tersebut ialah Pegawai Pengajian Islam Kawasan Brunei IV, Jabatan Pengajian Islam, Pengiran Abdul Razak bin Pengiran Haji Metahir.

Beliau dalam ceramahnya antara lain memberikan motivasi dan semangat kepada pelajar agar mereka dapat mempersiapkan diri dari segi kekuatan fizikal, mental, sosial dan emosi.

Pengiran Abdul Razak ketika menyampaikan ceramah motivasi.
Pengiran Abdul Razak ketika menyampaikan ceramah motivasi.

Selain itu, ceramah tersebut juga mengandungi mengenai input yang berkaitan tentang cara-cara, kaedah, teknik belajar untuk peperiksaan dan seterusnya menzahirkan peranan doa dan zikir, redha ibu bapa dan guru dalam kejayaan para pelajar.

Program tersebut diadakan bertujuan untuk membantu para pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SSSRU ke arah mempertingkatkan lagi pencapaian pelajar-pelajar dan diharap akan membentuk diri pelajar menjadi seorang pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan itu nanti.

Para pelajar tersebut akan menghadapi peperiksaan SSSRU bermula pada 17 hingga 26 November ini.

ARTIKEL YANG SAMA