Tingkat silaturahim ahli PEMODA

Tingkat silaturahim ahli PEMODA

Oleh Mohammad Abdullah

 

TUTONG, 19 Jan – Pasukan Piston memasuki peringkat separuh akhir setelah menewaskan Pasukan Fuel Cap 4-1 dalam Kejohanan Bulu Tangkis Persatuan Motosikal Darussalam (PEMODA) yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan, di sini, hari ini.

Kejohanan yang diadakan selama tiga hari itu merupakan sebahagian daripada program perkembangan PEMODA yang mana formatnya secara kalah mati, setiap pasukan menurunkan dua pemain perseorangan, dua pasangan regu dan satu regu wanita.

Menurut Yang Di-Pertua PEMODA, Pengiran Haji Redzuan bin Pengiran Haji Ahmad, program perkembangan ini telah berjalan serentak selama enam bulan, dan antara tujuannya ialah bagi mengeratkan silaturahim yang sedia ada dan juga bagi mengenali ahli-ahli baru dan lama dalam persatuan ini, di samping sebagai galakan kalangan ahli-ahli untuk menjaga kesihatan melalui bersukan.

Sementara itu, dalam perlawanan lain Pasukan Injector mengalah Pasukan Spotlight 4-1, Pasukan Sprocket tewaskan Pasukan Throttle 5-0 dan Pasukan Rectifer tewas 5-0 ke atas Pasukan Gearbox.

Aksi Pasukan Injector semasa perlawanan itu.
Aksi Pasukan Injector semasa perlawanan itu.

Pada peringkat separuh akhir, Pasukan Injector akan bertemu dengan Pasukan Piston dan Pasukan Sprocket akan bertemu dengan Pasukan Gearbox.

Setakat ini, PEMODA telah menganjurkan enam pertandingan sukan bagi ahli-ahlinya termasuk sukan bola jaring, badminton, futsal dan boling.