Tingkat silaturahim sesama rakan sekuliah

Tingkat silaturahim sesama rakan sekuliah

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos – Bagi menyemarakkan bulan syawal yang penuh mulia dan berkat, seramai 18 pelajar dalam jurusan Sarjana Pendidikan (MEd) tahun 2015M/1436H yang menuntut di Universiti Brunei Darussalam berserta lima pensyarah berkesempatan meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama baru-baru ini yang diadakan di Restoran Aneka Rasa, Kiulap yang juga diselajurkan dengan Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Acara tersebut dikendalikan oleh Dayang Inderawati binti Haji Awang Damit dan seterusnya dimulakan dengan bacaan Surah Al-fatihah dan Doa Selamat yang dibacakan oleh salah seorang penuntut jurusan itu.

Dengan adanya sambutan ini adalah bagi tujuan untuk menyatukan dan mengeratkan silaturahim sesama rakan sekuliah yang terdiri dari pelbagai kawasan dan daerah agar sama-sama merasai kegembiraan dan kemeriahan suasana di penghujung hari raya bersama.

Majlis tersebut diakhiri dengan acara bersalaman bersama rakan sekuliah dan diikuti dengan bergambar ramai bersama. – Hajah Surayati

pg13_150819_f

Gambar ramai bersama pelajar-pelajar jurusan sarjana pendidikan sesi 2015.
Gambar ramai bersama pelajar-pelajar jurusan sarjana pendidikan sesi 2015.

ARTIKEL YANG SAMA