Tingkat ukhuwah

Tingkat ukhuwah

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mac – Bagi meningkatkan lagi tanda ukhuwah sesama Muslim, jemaah Masjid Al-Muhtadee Billah Sungai Kebun baru-baru ini mengunjungi Masjid Sufri Bolkiah di Kampung Burong Pingai, Berakas dalam Program Erat Silaturahim.

Seramai 40 orang jemaah, diketuai imam Masjid Al-Muhtadee Billah, mengadakan kunjungan itu dan diraikan oleh ahli jawatankuasa Takmir Masjid Sufri Bolkiah.

Lawatan diserikan dengan solat fardu Maghrib dan Isyak berjemaah dan laungan zikir serta doa selamat.

Gambar ramai rombongan semasa di Masjid Sufri Bolkiah di Kampung Burong Pinggai, Berakas.
Gambar ramai rombongan semasa di Masjid Sufri Bolkiah di Kampung Burong Pinggai, Berakas.

ARTIKEL YANG SAMA