Tingkat usaha cari 4 warga asing

Tingkat usaha cari 4 warga asing

SAMARINDA, 18 Ogos – Tentera Negara Indonesia (TNI) akan mengerahkan sebuah helikopter bagi membantu mencari empat warga asing, yang dilaporkan hilang di perairan pulau Sangalaki di daerah Berau, Kalimantan Timur.

Sebuah helikopter akan berlepas menuju ke kawasan tersebut hari ini, jurucakap bagi Perlembagaan Pencegahan Bencana Daerah Berau, Rimansyah berkata. Keputusan untuk mengerahkan sebuah helikopter bagi menjalani misi pencarian ke atas warga-warga asing itu datang selepas pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang menggunakan kapal mendapati amat sukar untuk mencari empat warga asing itu disebabkan cuaca buruk, katanya.

“Cuaca yang sering kali berubah di tempat lokasi telah mengakibatkan ombak tinggi telah menjejaskan usaha pencarian,” katanya.

Rimansah menambah bahawa enam bot laju dan sebuah bot tunda juga akan terlibat dalam pencarian itu.

“Enam buah bot laju itu akan dibantu oleh sebuah bot tunda dari Berau Coal, yang akan menyisir pantai di pulau-pulau berdekatan dengan pulau Derawan,” tambahya. Empat orang warga asing itu dikenal pasti sebagai Michela (33), Alberto (36), dan Daniele (36) dari Itali dan Vana Chris (29) dari Belgium, kata Rimansyah.

Mereka telah hilang sejak 7.10 malam pada hari Sabtu, kata Rimansyah lagi.

Dua orang lagi warga Itali, Valeria (34) dan Mouruzio Rege (45), yang dilaporkan hilang sebelumnya, telah pergi untuk aktiviti snorkeling. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA