Tingkatkan gaya hidup sihat

Tingkatkan gaya hidup sihat

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Okt – Bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pentingnya kesihatan dengan mengaktifkan diri dalam bidang sukan, Jazz Studio Mentiri telah mengadakan zumba secara percuma untuk orang ramai, baru-baru ini.

Diadakan di Studio Tarian, Pusat Belia, di sini, zumba selama 90 minit itu dibawa khas oleh pengajar zumba, Jazz dan Rovin.

Zumba secara percuma ini merupakan salah satu projek tahunan Jazz Studio Mentiri bagi mempromosikan gaya hidup sihat dan seterusnya menjadikannya sebagai kerja amal untuk memberikan ruang aktiviti sukan zumba secara percuma kepada orang ramai.

Jurulatih zumba dari Jazz Studio bersama orang ramai yang menyertai zumba secara percuma bergambar ramai.
Jurulatih zumba dari Jazz Studio bersama orang ramai yang menyertai zumba secara percuma bergambar ramai.

Selain itu, projek itu juga bertujuan untuk menangani masalah obesiti di negara ini di mana jumlah peningkatan obesiti dicatatkan semakin meningkat. Oleh itu, dengan senam zumba, ia dapat membakar kalori dan mengatasi masalah berat badan setiap peserta.

Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan mengikuti senam zumba percuma yang akan diadakan lagi pada November depan.

ARTIKEL YANG SAMA