Tingkatkan iman, takwa di bulan Ramadan

Tingkatkan iman, takwa di bulan Ramadan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jun – Bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang penuh mulia ini, pelbagai aktiviti keagamaan terus dilaksanakan termasuklah majlis ceramah seperti yang diadakan oleh Jawatankuasa Takmir Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Jerudong bagi para Muslimah, hari ini.

Hampir 50 orang Muslimah menghadiri Ceramah Muslimah bertajuk ‘Ramadhan & Fasting: Let’s Maximise on Them’ berkenaan yang disampaikan oleh penceramah undangan, Hajah Sharifah Khadijah bin Hussein Al Kaff.

Dalam ceramahnya itu, Hajah Sharifah Khadijah antara lain menyentuh mengenai kebaikan berpuasa, cara-cara untuk mempertingkatkan iman dan takwa semasa berpuasa, perkara-perkara yang harus dielakkan semasa berpuasa dan banyak lagi.

Menurutnya, seorang umat Islam yang berpuasa itu akan mendapatkan nilai yang tinggi daripada Allah S.W.T kerana puasa ini merupakan salah satu daripada Rukun Islam.

Para muslimah yang hadir mendengarkan ceramah kelmarin.
Para muslimah yang hadir mendengarkan ceramah kelmarin.

Beliau juga menekankan bahawa melalui berpuasa, umat Islam akan sentiasa mengetuk pintu-pintu syurga dengan amalan-amalan baik yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan.

Ceramah itu bertujuan untuk berkongsi pengetahuan mengenai kepentingan bulan Ramadan bersama umat Islam di negara ini di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan beramal jariah antara para Muslimah yang hadir.

ARTIKEL YANG SAMA