Tingkatkan kesepaduan dalam perancangan

Tingkatkan kesepaduan dalam perancangan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 6 Mei – Ahli-ahli Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria disarankan supaya sentiasa meningkatkan usaha, kerjasama dan kesepaduan yang erat dalam merancang dan melaksanakan apa jua perancangan kemajuan dan pembangunan di dalam kawasan lembaga berkenaan dengan produktif dan progresif.

Selain itu, mereka juga diseru supaya sentiasa peka dan prihatin ke atas aduan daripada orang ramai serta cepat bertindak menyelesaikan isu-isu mengenai perkembangan semasa yang berlaku di dalam kawasan Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria.

Perkara itu ditekankan oleh Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, Haji Ali bin Matyassin semasa berucap pada Majlis Ramah Mesra Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria bersama Keahlian Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria bagi tahun 2014/2015 yang telah diadakan petang tadi di Dewan Persidangan dekat sini.

Seterusnya Haji Ali juga berkata sama ada keahlian Lembaga dari agensi-agensi kerajaan atau peniaga, NGO’s dan pihak swasta untuk menggunakan pengalaman dan pengetahuan masing-masing dengan berganding bahu untuk terus secara istiqamah memberikan nasihat yang bernas dan berkualiti kepada Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria pada masa-masa mendatang.

Turut menerima plak keahlian ialah Penolong Pegawai Daerah Belait Awang Hasmiron.
Turut menerima plak keahlian ialah Penolong Pegawai Daerah Belait Awang Hasmiron.
Ahli Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria Tahun 2015 bergambar ramai bersama Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria Haji Ali.
Ahli Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria Tahun 2015 bergambar ramai bersama Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria Haji Ali.

“Saya mengharapkan pentadbiran dan pengurusan di dalam kawasan Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria akan dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan berkesan,” katanya.

Di samping itu, beliau juga mencadangkan supaya Ahli-ahli Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria akan dapat meneliti semula usaha dan inisiatif lembaga berkenaan di sepanjang tahun 2014 yang dianggap substantif dan strategik bagi mendokong pembangunan negara.

Majlis tersebut yang dihadiri kira-kira 100 orang di kalangan pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria turut menyaksikan penyampaian plak sebagai penghargaan kepada Ahli-ahli Lembaga Bandaran Tahun 2014.

ARTIKEL YANG SAMA