Tingkatkan perkhidmatan demi memuaskan selera pelanggan

Tingkatkan perkhidmatan demi memuaskan selera pelanggan

NEW YORK – McDonald’s berhasrat untuk menjadikan rangkaian kedai makanan segera itu kelihatan lebih eksklusif ibarat seperti sebuah restoran dengan merancang untuk menambah lebih banyak meja dan kerusi bagi memberikan keselesaan kepada para pengunjung yang berhasrat untuk menjamu selera di kedai makan tersebut di seluruh Amerika Syarikat.

Kedai makan yang terkenal di seluruh dunia dengan menjadikan burger sebagai menu utamanya itu telah melakukan penyelidikan mengenai taraf perkhidmatannnya di 500 daripada 14,000 buah cawangan kedainya di Amerika Syarikat.

Hasil kajian tersebut memperlihatkan bahawa pelanggan sering memilih untuk duduk bagi menunggu selepas melakukan pesanan makanan di kaunter.

Justeru, apa yang perlu dipertingkatkan dalam perkhidmatan kedai makan itu adalah dengan menyediakan lebih banyak tempat duduk yang setentunya dapat memberikan rasa keselesaan kepada para pelanggan ketika menantikan pesanan mereka sedia dihantar oleh pekerja Mc Donald’s

Mc Donald’s menjelaskan bahawa penambahan pada kerusi dan meja bakal dilakukan di beberapa buah bandaraya utama seperti Boston, Chicago, San Franciso, Seattle dan Washington D.C.

Ketua Pegawai Eksekutif, Steve Easterbrook melakukan demonstrasi mengenai cara melakukan pesanan di kiosk McDonald’s.
Ketua Pegawai Eksekutif, Steve Easterbrook melakukan demonstrasi mengenai cara melakukan pesanan di kiosk McDonald’s.
Para pekerja Mc Donald’s bertungkus lumus dengan penuh semangat bersedia untuk melayan kehendak para pelanggan.
Para pekerja Mc Donald’s bertungkus lumus dengan penuh semangat bersedia untuk melayan kehendak para pelanggan.
Hidangan yang ditawarkan oleh Mc Donald’s semakin dipelbagaikan demi memenuhi selera para pelanggan.
Hidangan yang ditawarkan oleh Mc Donald’s semakin dipelbagaikan demi memenuhi selera para pelanggan.

Pada dasarnya, membawa perubahan kepada semua cawangan kedai makan tersebut mengambil masa yang agak lama memandangkan ia terpaksa memerlukan persetujuan daripada setiap francais untuk melabur terhadap projek renovasi bangunan dan menyediakan lebih banyak latihan kepada para pekerja.

Langkah usaha ini mula diterbitkan setelah jumlah pelanggan yang mengunjungi kedai makan tersebut agak merosot beberapa tahun yang lalu dengan alasan kurangnya kepelbagaian dari aspek menu yang ditawarkan.

Justeru, Mc Donald’s telah mula untuk mempelbagaikan menu yang ditawarkan oleh kedai makan tersebut termasuk menyediakan menu sarapan pagi dan kafe demi memancing lebih ramai pengunjung untuk memilih kedai makan itu sebagai lokasi menjamu selera di Amerika Syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif, Steve Easterbrook menjelaskan bahawa McDonald’s sewajarnya menerapkan konsep kedai makan yang menyeronokkan namun perubahan mendadak setentunya sesuatu perkara yang sukar.

Beliau turut menjelaskan bahawa kehendak dan harapan para pelanggan juga semakin meningkat di mana pihak pengurusan kedai makan itu akan kerap mengawasinya demi memastikan bahawa perkhidmatan yang ditawarkan adalah sangat memuaskan.

Pada tahun hadapan,McDonald’s merancang untuk memperkenalkan khidmat pesanan dan bayaran yang boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar.

Walaupun majoriti jumlah keuntungan perniagaan McDonald’s diperolehi daripada khidmat pandu lalu di Amerika Syarikat, namun syarikat itu berharap dengan menambahkan jumlah meja dan kerusi akan dapat memenuhi harapan pelanggan yang cukup mendambakan rasa keselesaan di kedai makan tersebut.

Kiosk pula telah diwujudkan bagi memberikan fleksibiliti kepada pelanggan ketika melakukan sebarang tempahan di mana mereka bebas untuk memilih roti dan kandungan burger yang diinginkan oleh para pelanggan.

Selain itu, McCafe yang menawarkan pelbagai jenis minuman dan hidangan bakeri turut diperkenalkan bagi memenuhi selera para pelanggan di mana sajian makanan ringan seolah-olah menjadi satu trend di kebanyakan kafe dan restoran di seluruh dunia. – AP