Tinjau kelancaran perjalanan PSR

Tinjau kelancaran perjalanan PSR

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Okt – Pemangku Menteri Pendidikan, Dato Seri Setia Haji Yusoff bin Haji Ismail hari ini membuat lawatan ke dua buah sekolah di Dae-rah Brunei Muara untuk meninjau kelancaran Penilaian Sekolah Rendah (PSR) 2015 serta memberi suntikan semangat kepada murid-murid yang menduduki peperiksaan itu.

Seramai 6,581 pelajar Tahun 6 menduduki peperik-saan itu yang bermula hari ini dengan kertas peperik-saan pertama iaitu Melayu Islam Beraja.

Lawatan bermula di Sekolah Rendah Tungku, Kluster 1. Ketibaan Dato Seri Setia Haji Yusoff dan rombongan dialu-alukan oleh Guru Besar sekolah, Hajah Norliha binti Haji Matali.

Ketika berada di sekolah ini rombongan Pemangku Menteri Pendidikan dibawa meninjau ke dewan peperiksaan untuk melihat keadaan para calon PSR memulakan peperiksaan dengan membaca doa dan selepas itu meninjau ke bilik khas di mana beberapa orang pelajar berkeperluan khas menduduki PSR mereka.

Seramai 100 orang calon PSR menduduki peperiksaan itu di sekolah rendah tersebut.

Dato Seri Setia Haji Yusoff seterusnya meninjau di Sekolah Rendah Mata-Mata, Kluster 1 di mana seramai 78 calon menduduki PSR di sekolah itu.

Dato Seri Setia Haji Yusoff semasa membuat tinjauan di Sekolah Rendah Tungku, kelmarin.
Dato Seri Setia Haji Yusoff semasa membuat tinjauan di Sekolah Rendah Tungku, kelmarin.
Pelajar-pelajar Sekolah Rendah Tungku tekun menjawab soalan-soalan kertas pertama iaitu Melayu Islam Beraja.
Pelajar-pelajar Sekolah Rendah Tungku tekun menjawab soalan-soalan kertas pertama iaitu Melayu Islam Beraja.

Ketibaan beliau dan rombongan dialu-alukan oleh Guru Kanan Pentadbiran sekolah berkenaan, Hajah Safarina binti Haji Yahya.

Dato Seri Setia Haji Yusoff semasa ditemu bual media berkata, Kementerian Pendidikan telah berusaha dengan memberikan fokus utama dalam kepimpinan (Sekolah), pengajaran dan pembelajaran, kehadiran faktor dan sosial, akauntabiliti dan pengurusan pencapaian dan usaha komunikasi yang merentas semua bidang fokus (cross cutting enabler) berkenaan.

Perhatian khusus juga diberikan pada mata-mata pelajaran khususnya dalam mata-mata pelajaran yang dikenal pasti para pelajar memerlukan bantuan dan sokongan.

Menurutnya lagi, antara usaha yang telah dilaksana-kan ialah memperkenalkan beberapa inisiatif di antara-nya mengadakan Learning Design dan menganalisis item jawapan yang diberikan para pelajar bagi mem-bantu mengenal pasti usaha sokongan yang bersesuaian untuk membantu pelajar.

Turut sama dalam lawatan kerja ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Dr. Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman; Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh; Ketua Pengarah Pendidikan, Haji Abd. Rahim bin Derus, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan.

ARTIKEL YANG SAMA