Tinjau ladang perusahaan cili

Tinjau ladang perusahaan cili

Oleh Haji Mohd Daud Abdul Rahman

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jun – Rombongan seramai 39 orang, baru-baru ini telah mengadakan lawatan ke ladang perusahaan cili milik Haji Omar Ali bin Haji Mohd Daud di Kampung Jaya Bakti, Perpindahan Berakas, baru-baru ini.

Pemiliknya yang juga merupakan salah seorang ahli majlis perundingan kampung tersebut turut memberi penerangan mengenai perusahaan buah cili kepada rombongan yang terdiri daripada kalangan para pegawai dan kakitangan Unit Industri Sayur-sayuran dan Teknologi Tinggi Jabatan Pertanian dan Agrimakanan termasuk pengusaha persendirian, para pelajar Universiti Brunei Darussalam dan Sekolah Vokasional Wasan itu.

Haji Omar Ali mengatakan, beliau sudah mengusahakan penanaman buah cili itu selama dua tahun dengan tunjuk ajar cara-cara menanam dan bantuan baja serta benih daripada jabatan berkenaan dan beliau juga berhasrat untuk memperbesarkan lagi kebun buah-buahan lain.

Rombongan berkesempatan bergambar ramai di ladang perusahaan cili.
Rombongan berkesempatan bergambar ramai di ladang perusahaan cili.
Antara mereka yang mengunjungi perusahaan buah cili Haji Omar Ali.
Antara mereka yang mengunjungi perusahaan buah cili Haji Omar Ali.