Tinjau lebih dekat Kapal Tentera Laut Filipina

Tinjau lebih dekat Kapal Tentera Laut Filipina

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mei – Lebih 20 orang terdiri daripada para pelajar dan guru Sekolah Tinkerbell Learning telah mengadakan lawatan ke kapal tentera laut Filipina, BRP Gregorio Del Pilar (PF15) yang berlabuh di Jeti Bravo, Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei, Muara, baru-baru ini.

Rombongan yang diketuai oleh Pengetua Sekolah Tinkerbell Learning, Iidil Rahmah itu telah dialu-alukan oleh Atase Pertahanan Kedutaan Filipina ke Brunei Darussalam, Kolonel Rosal yang juga menemani para pelajar semasa lawatan itu.

Aktiviti yang dianjurkan oleh Kedutaan Filipina di Brunei Darussalam itu memberi peluang para pelajar untuk melihat lebih dekat kapal laut berkenaan yang turut dibawa meninjau kemudahan-kemudahan yang terdapat di dalamnya.

Kapal tersebut berada di negara ini bagi menyertai Eksesais Sekuriti Maritim dan Pencegahan Pengganasan Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN-Plus yang diadakan di perairan Brunei dan Singapura.

Rombongan pelajar dan guru sempat bergambar ramai di atas kapal tentera laut Filipina, PF15.
Rombongan pelajar dan guru sempat bergambar ramai di atas kapal tentera laut Filipina, PF15.

ARTIKEL YANG SAMA