Tinjau peluang kerjasama pendidikan

Tinjau peluang kerjasama pendidikan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 April – Rombongan seramai 35 orang ketua jabatan dan wakil dari Institut Pengajian Tinggi Melaka, Malaysia, hari ini, telah mengadakan lawatan kerja ke Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

Rombongan lawatan kerja Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hjiau dan Inovasi Negeri Melaka itu diketuai oleh Datuk Wira Haji Md Yunos bin Husin.

Dalam lawatan itu, rombongan dialu-alukan oleh Pemangku Ra’es KUPU SB, Dr Haji Adanan bin Haji Basar, penolong Ra’es, pemangku pendaftar, pegawai utama KUPU SB dan dekan fakulti serta pengarah KUPU SB.

Datuk Wira Haji Md Yunos dalam ucap balasnya melahirkan harapan, dengan lawatan ke KUPU SB ini memberi peluang kepada rombongan untuk bertukar-tukar pandangan dalam usaha meningkatkan hubungan usaha di antara kedua-dua pihak.

Pemangku Ra’es KUPU SB Dr Haji Adanan dan Datuk Wira Haji Md Yunos pada majlis itu.
Pemangku Ra’es KUPU SB Dr Haji Adanan dan Datuk Wira Haji Md Yunos pada majlis itu.
Rombongan dari Melaka semasa mengadakan lawatan kerja ke KUPU SB.
Rombongan dari Melaka semasa mengadakan lawatan kerja ke KUPU SB.

Antara objektif lawatan ini adalah untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan program yang ditawarkan di KUPU SB di samping melihat peluang kerjasama dalam bidang pendidikan agama Islam di antara KUPU SB dan Institusi Pengajian Tinggi Melaka.

Selain itu juga adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara KUPU SB dan pihak exco.

Sebelum sesi perbincangan, rombongan mendengar taklimat pengenalan KUPU SB yang disampaikan oleh Pemangku Timbalan Pendaftar (Akademik) KUPU SB, Awang Adi Rani Sofian bin Abdul Rahman.

ARTIKEL YANG SAMA