Tinjau perkembangan ladang pisang di Kampung Kapok

Tinjau perkembangan ladang pisang di Kampung Kapok

Oleh Hamidah Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Ogos – Berikutan pelancaran ladang pisang Kampung Kapok pada April lalu, sekumpulan pegawai dari Jabatan Pertanian dan Agri Makanan di bawah Kementerian Perindustrian dan Sumber-sumber Utama (KPSSU), baru-baru ini, telah mengadakan lawatan ke ladang berkenaan yang terletak berhampiran lebuh raya di Meragang.

Kumpulan itu terdiri daripada pakar dalam bidang tanah dan baja serta pakar dalam penanaman pisang.

Ketibaan mereka dialu-alukan oleh Ketua Kampung Kapok, Haji Marali bin Ahmad dan ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kapok.

Dalam lawatan itu, rombongan berkenaan diberikan penerangan ringkas mengenai perkembangan ladang pisang tersebut.

Ahli-ahli MPK Kapok bergambar ramai dengan kakitangan kerajaan yang membuat tinjauan ke ladang pisang mereka.
Ahli-ahli MPK Kapok bergambar ramai dengan kakitangan kerajaan yang membuat tinjauan ke ladang pisang mereka.
Pokok pisang di ladang berkenaan dilihat sudah berbuah.
Pokok pisang di ladang berkenaan dilihat sudah berbuah.

Menurut ketua Kampung Kapok, tuaian pertama ladang yang menghasilkan jenis pisang sabah itu dijangkakan pada akhir tahun ini.

Tujuan utama penanaman buah pisang ituadalah untuk mengurangkan kos menghasilkan kerepek pisang, yang juga menjadi projek perekonomian kampung berkenaan di bawah Projek Satu Kampung Satu Produk.

ARTIKEL YANG SAMA