Tinjau persiapan Majlis Doa Kesyukuran Hari Keputeraan

Tinjau persiapan Majlis Doa Kesyukuran Hari Keputeraan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Julai – Hanya tinggal beberapa hari saja lagi, Negara Brunei Darussalam akan menyambut Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 tahun pada 15 Julai ini.

Sehubungan dengan itu, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman hari ini meninjau persiapan bagi Majlis Doa Kesyukuran, Solat Fardu Maghrib dan Isyak berjemaah, membaca Surah Yasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran yang akan diadakan esok (14 Julai).

Jame’ Asr’ Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong akan menjadi tumpuan bagi acara tersebut di samping masjid-masjid, surau dan balai ibadat di keempat-empat daerah di negara ini yang juga tidak ketinggalan mengadakan majlis seumpamanya.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Badaruddin mengadakan tinjauan persiapan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan bagi majlis doa kesyukuran dan sembahyang berjemaah di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Badaruddin mengadakan tinjauan persiapan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan bagi majlis doa kesyukuran dan sembahyang berjemaah di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah.

Antara pengisian pada majlis itu nanti, solat fardu Maghrib berjemaah, diikuti dengan solat sunat Hajat, seterusnya bacaan surah Yasin dan Tahlil, bacaan doa kesyukuran serta diakhiri dengan solat fardu Isyak.

Sehubungan itu, orang ramai disarankan untuk sama-sama hadir ke masjid dengan masjid tumpuan iaitu Jame’ ‘Asr Hassanail Bolkiah bagi sama-sama solat berjemaah serta mengaminkan doa kesyukuran agar Baginda Sultan dilanjutkan usia, kekal Qarar memerintah negara dan sentiasa berada dalam inayah (pertolongan) dan riayah (penjagaan) Allah Subhanahu Wata’ala.

ARTIKEL YANG SAMA