Tinjau sesi p...

Tinjau sesi persekolahan di SR Rimba

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jan – Bagi melihat perjalanan kemasukan di samping memberikan motivasi dan semangat kepada para pelajar yang memulakan sesi persekolahan tahun 2017, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman telah mengadakan lawatan ke Sekolah Rendah (SR) Rimba 1 dan SR Rimba 2, Kluster 4, di sini, hari ini.

Turut menyertai rombongan Yang Berhormat Pehin ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh; Ketua Pengarah Pendidikan, Haji Abdul Rahim bin Derus, pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan.

Lawatan dimulakan ke SR Rimba 1 di mana ketibaan Yang Berhormat Pehin dan rombongan dialu-alukan oleh Guru Besar, Dayang Aji binti Haji Ahmad dan Ketua Kluster 4, Hajah Suriani binti Haji Noor Hashim.

SR Rimba 1 mempunyai seramai 422 orang pelajar dan 43 orang tenaga pengajar.

Semasa berada di sekolah berkenaan, rombongan dibawa menyaksikan aktiviti-aktiviti yang dilakukan di blok pra sekolah berkenaan, seterusnya meninjau beberapa buah bilik darjah bagi melihat perjalanan pengajaran di dalam kelas.

Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman hari ini meneruskan tinjauan sesi persekolahan ke dua buah sekolah iaitu Sekolah Rendah (SR) Rimba 1 dan SR Rimba 2, Kluster 4 di sini.
Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman hari ini meneruskan tinjauan sesi persekolahan ke dua buah sekolah iaitu Sekolah Rendah (SR) Rimba 1 dan SR Rimba 2, Kluster 4 di sini.
Yang Berhormat Pehin semasa meninjau sesi pembelajaran di Sekolah Rendah Rimba 1.
Yang Berhormat Pehin semasa meninjau sesi pembelajaran di Sekolah Rendah Rimba 1.

Ketika berada di dalam kelas berkenaan, Yang Berhormat Pehin dan rombongan turut berkesempatan beramah mesra dengan pelajar-pelajar.

Seterusnya rombongan Yang Berhormat Pehin mengadakan lawatan ke SR Rimba 2 di mana mereka dialu-alukan oleh Guru Besarnya, Dayang Chantal Valerie Brimiah dan Hajah Suriani.

Ketika berada di sekolah berkenaan, Yang Berhormat Pehin dibawa melawat ke blok pra sekolah di mana beliau diberikan penerangan mengenai persediaan serta implementasi pendaftaran serta penerimaan murid semasa sesi orientasi serta persediaan bagi sesi persekolahan pra sekolah yang akan bermula pada 9 Januari 2017.

Menteri Pendidikan meninjau sesi pembelajaran di SR Rimba 2.
Menteri Pendidikan meninjau sesi pembelajaran di SR Rimba 2.
Yang Berhormat Pehin berinteraksi dengan seorang pelajar di SR Rimba 1 semasa lawatan ke sekolah itu.
Yang Berhormat Pehin berinteraksi dengan seorang pelajar di SR Rimba 1 semasa lawatan ke sekolah itu.
Timbalan Menteri Pendidikan semasa tinjauan di SR Rimba 2.
Timbalan Menteri Pendidikan semasa tinjauan di SR Rimba 2.

Rombongan seterusnya dibawa melawat ke beberapa buah bilik darjah dan bilik khas bagi menyaksikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang sedang berjalan.

Siri lawatan diakhiri dengan sesi dialog dan kongsi sama berkenaan dengan ‘Pelan Perkembangan Sekolah 2017’ yang dikongsikan oleh guru besar.

SR Rimba 2 mempunyai seramai 551 orang pelajar dan 57 orang tenaga pengajar.

Lawatan berkenaan juga untuk memberikan sokongan dan meningkatkan hubungan baik antara pihak Kementerian Pendidikan dengan warga sekolah selain itu juga bertujuan bagi meninjau dan melihat kemudahan-kemudahan serta prasarana yang terdapat di kedua-dua buah sekolah yang dilawati.

ARTIKEL YANG SAMA