Tinjauan mesra TPM di Pasar Sentral Sibu

Tinjauan mesra TPM di Pasar Sentral Sibu

SIBU, 31 Jan – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini melakukan tinjauan mesra di Pasar Sentral Sibu sempena lawatan kerja ke sini.

Sebaik tiba pada 8.30 pagi Ahmad Zahid mengambil peluang beramah mesra dengan pengunjung dan peniaga di situ. Orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan mengambil gambar ‘selfie’ dengan pemimpin nombor dua negara itu.

“Saya berasa amat gembira dan bangga kerana dapat bersua muka dengan TPM hari ini. Puas hati saya sebab selama ini hanya dapat melihatnya di televisyen,” kata penjual buah, Saadiah Lek kepada Bernama mengenai pemimpin negara itu.

Dalam tinjauan itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri sempat membeli 5kg duku dan 5kg rambutan dari gerai Saadiah.

Ahmad Zahid turut bersarapan di Pasar Sentral Sibu dan berkesempatan merasa udang kering yang dipanggil masyarakat tempatan sebagai ‘sessar’.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Wong Soon Koh membeli buah-buahan tempatan ketika melawat Pasar Sentral Sibu kelmarin. – Bernama
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Wong Soon Koh membeli buah-buahan tempatan ketika melawat Pasar Sentral Sibu kelmarin. – Bernama

Beliau meluangkan masa lebih sejam di situ sebelum meneruskan lawatannya ke United College of Technology Sarawak di sini. – Bernama