Tinta Permata menyelusuri perjalanan 20 tahun Media Permata

Tinta Permata menyelusuri perjalanan 20 tahun Media Permata

Oleh Imelda Farrah Zohre HA

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Brunei Press Sdn Bhd hari ini melancarkan buku Tinta Permata sempena ulang tahun ke-20 akhbar bahasa Melayu, Media Permata. Buku itu antara lain memaparkan perjalanan Media Permata semenjak penerbitan pertamanya pada 1995 sehingga ke hari ini.

Hadir melancarkan buku istimewa itu ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman di Restoran Milenium hari ini.

Menyalurkan pelbagai pendekatan

Majlis pelancaran itu dimulakan dengan ucapan daripada Pengurus Besar Brunei Press Sdn Bhd, Reggie See yang antara lain berkata Media Permata menyalurkan pendekatan untuk promosi kebudayaan, nilai-nilai, artis serta penulis Melayu di dalam negara ini.

“Dengan adanya Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Media Permata juga disediakan di laman sesawang kami iaitu mediapermata.com.bn yang juga memaparkan versi digital e-mediapermata,” katanya.

Kedatangan tetamu kehormat majlis, Yang Berhormat Pehin Haji Awang Badaruddin.
Kedatangan tetamu kehormat majlis, Yang Berhormat Pehin Haji Awang Badaruddin.
Yang Berhormat Pehin beramah mesra dengan tetamu-tetamu yang hadir dalam majlis berkenaan.
Yang Berhormat Pehin beramah mesra dengan tetamu-tetamu yang hadir dalam majlis berkenaan.

pgm8_150527_l

Antara tetamu-tetamu yang hadir.
Antara tetamu-tetamu yang hadir.
Barisan tetamu yang menghadiri majlis pelancaran tersebut.
Barisan tetamu yang menghadiri majlis pelancaran tersebut.
Di antara tetamu-tetamu yang turut hadir di dalam pelancaran tersebut.
Di antara tetamu-tetamu yang turut hadir di dalam pelancaran tersebut.
Tetamu dialu-alukan ketika majlis pelancaran Tinta Permata.
Tetamu dialu-alukan ketika majlis pelancaran Tinta Permata.

Beliau berterima kasih atas sokongan berterusan pembaca yang membawa kemapanan kepada penerbitan Media Permata yang mampu menyediakan peluang pekerjaan yang luas di negara ini.

“Buat masa sekarang, syarikat mempunyai kira-kira 90 peratus daripada tenaga kerja tempatan.

Ini telah dipupuk melalui pelaburan yang bijak dalam pembangunan sumber manusia, latihan dan peningkatan teknologi dan sistem operasi,” jelasnya lagi.

Harapan dan cita-cita

Beliau juga berharap, Brunei Press akan terus memberi maklumat, mendidik dan menghibur rakyat Brunei Darussalam dengan penerbitan berita-berita dan maklumat terkini dalam Media Permata.

Majlis yang dihadiri oleh tetamu jemputan khas itu diteruskan lagi dengan ucapan dari tetamu kehormat dan seterusnya melancarkan buku Tinta Permata tersebut.

Pengurus Besar, Reggie See dan Timbalan Pengurus Besar, Hazizah Othman serta warga lain Brunei Press mengalu-alukan kehadiran tetamu.
Pengurus Besar, Reggie See dan Timbalan Pengurus Besar, Hazizah Othman serta warga lain Brunei Press mengalu-alukan kehadiran tetamu.
Di antara Kakitangan Brunei Press dengan Pengurus Besar Brunei Press.
Di antara Kakitangan Brunei Press dengan Pengurus Besar Brunei Press.
Warga Brunei Press bergambar ramai selepas pelancaran Tinta Permata.
Warga Brunei Press bergambar ramai selepas pelancaran Tinta Permata.

pgm8_150527_k

Himpunan galeri Media Permata.
Himpunan galeri Media Permata.

Acara dimeriahkan lagi dengan memotong kek oleh Yang Berhormat Pehin dan warga pengurusan Brunei Press Sdn Bhd.

Buku Tinta Permata

Buku Tinta Permata mengandungi tujuh bab yang terdiri daripada Raja dan Rakyat, Pemahkotaan DPMM, Majlis Perkahwinan Diraja, Detik Peristiwa, Pembangunan dan Ekonomi, Masyarakat Prihatin, Pendidikan dan Sumber Manusia.

Di akhir-akhir muka surat buku tersebut pula mengandungi utusan istimewa daripada bekas editor Media Permata.

Tinta Permata berkulit keras sebagai edisi terhad boleh didapati dengan harga $48.90.

ARTIKEL YANG SAMA