Tip seimbang jadi rol model

Tip seimbang jadi rol model

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 April – Ibu bapa merupakan rol model untuk membentuk keperibadian anak-anak melalui kasih sayang dan keprihatinan mereka terhadap perkembangan anak-anak.

Kaunselor Bahagian Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan, Haji Ali Yusri bin Abdul Ghafor menekankan perkara itu semasa temu bual sesi Taklimat Kursus Nadwah Kemurnian Rohani bagi Penuntut Perempuan di Bangunan Darul Huda, Pusat Dakwah Islamiah hari ini.

Menurutnya, beliau akan berkongsi dengan ibu bapa bagaimana menjadi ibu bapa yang cemerlang bukan sahaja daripada segi pendidikan, kemewahan malahan dari keseimbangan dalam kerohanian, fizikal dan riadah.

Haji Ali Yusri ketika menyampaikan taklimat.
Haji Ali Yusri ketika menyampaikan taklimat.

Dalam kursus selama empat hari tiga malam itu, beliau akan menyampaikan taklimat kepada para peserta cara berkomunikasi betul dengan ibu bapa, contohnya bagaimana memahami kemahuan anak-anak dan bagaimana memahami kemahuan ibu bapa.

Perkara ini harus seimbang untuk mendapatkan keharmonian antara ibu bapa dan anak-anak, tambahnya.

Berdasarkan kajiannya sendiri sepanjang berceramah, sebanyak 85 peratus anak-anak menginginkan ibu bapa yang penyayang berbanding ibu bapa yang kaya raya.

ARTIKEL YANG SAMA