Tipu skim pelaburan

Tipu skim pelaburan

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Sept – Mahkamah Perantaraan di sini, hari ini, mensabitkan seorang lelaki tempatan atas kesalahan melakukan penipuan pada 2009, 2010 dan 2012.

Pengiran Asmadi bin Pengiran Ali, 39, mengaku bersalah atas lima pertuduhan melakukan penipuan skim pelaburan emas melibatkan tiga individu.

Hakim Haji Abdullah Soefri bin Pehin Dato Haji Abidin menetapkan 22 September untuk menjatuhkan hukuman, dan membatalkan ikat jamin tertuduh namun membenarkan Peguam Bela Ahmad Zakaria yang mewakili tertuduh untuk menyediakan hujahan rayuan.

Tertuduh memperdayakan mangsanya dengan ‘skim pelaburannya’ sehingga mangsa tertarik dan menyerahkan barang-barang kemas mereka untuk memulakan pelaburan.

Tertuduh kemudian menjual barang kemas tersebut dan hanya memberi separuh daripada hasil jualan kepada mangsa sebelum menghilangkan diri.

pg06_150910_mahkamah logo

ARTIKEL YANG SAMA