Tiru IS, 6 pekerja HSBC dipecat

Tiru IS, 6 pekerja HSBC dipecat

LONDON, 7 Julai (AFP) – Bank Britain HSBC telah memecat enam pekerjanya selepas mereka merakamkan satu video adegan olok-olok pelaksanaan hukuman bunuh seperti militan Negara Islam (IS) sewaktu hari pembinaan pasukan dan menyiarkan video tersebut secara online, seorang jurucakap mengesahkan hari ini.

Bank tersebut menyifatkan video yang menunjukkan ahli-ahli kakitangan memegang pisau palsu ke arah seorang lelaki melutut yang memakai baju jumpsut berwarna jingga, sebagai “menjijikkan”.

“Kami membuat keputusan untuk membuang individu-individu yang terlibat,” menurut seorang jurucakap bank tersebut.

“Ini adalah video yang menjijikkan dan HSBC ingin mohon maaf bagi sebarang kesalahan ditunjukkan.”

Kakitangan tersebut menggambar video tersebut ketika hari pembinaan pasukan HSBC di pusat go-kart Birmingham dan menyiarkannya di Instagram sebelum memadamnya, menurut akhbar The Sun, yang menyiarkan video tersebut di laman web mereka.

Dalam saat kelapan klip tersebut, seorang lelaki melutut dipegang di bahunya sementara rakan lain memegang penyangkut baju seperti pisau di atas, seperti bersedia untuk memotong kepalanya.

Satu ahli kakitangan melaungkan “Allahu Akbar” ketika klip tersebut.

Lakonan itu mengimbas kembali video yang dikeluarkan oleh kumpulan IS, yang telah melaksanakan hukuman mati kepada lebih 3,000 orang di Syria dalam setahun sejak ia mengisytiharkan “Khalifah” Islam di Syria dan Iraq, menurut Pusat Pemerhatian Hak Asasi Syria.

IS telah membunuh tebusan-tebusan antarabangsa dalam beberapa siri memakai baju jingga, termasuk pekerja bantuan Britain David Haines dan Alan Henning, dalam video yang mengakibatkan kejutan apabila dikeluarkan tahun lepas.

HSB baru-baru ini telah mengharungi rentetan publisiti buruk, termasuk dakwaan cabang bank swasta Switzerland mereka menolong pelanggan kaya mengelak cukai dan denda daripada pengawal selia dalam cubaan untuk memanipulasi pasaran pertukaran asing.

Pada bulan Jun mereka telah mengumumkan akan memotong tenaga kerja global kepada 50,000 apabila keluar dari Brazil dan Turki dan bercadang menempatkan semula ibu pejabat mereka ke Asia dari London.

ARTIKEL YANG SAMA