Tite perlu melayakkan Brazil ke Piala Dunia 2018

Tite perlu melayakkan Brazil ke Piala Dunia 2018

RIO DE JANEIRO, 21 Jun (AP) – Pengendali baru Brazil, Adenor Leonardo Bacchi menyuarakan kebimbangan mengenai peluang pasukan itu dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018, hanya pada hari pertama dia mula menggalas tugas berkenaan.

Bacchi, yang lebih dikenali sebagai Tite, pada Isnin berkata, juara Piala Dunia lima kali itu berdepan risiko gagal untuk layak ke kejohanan berkenaan pada 2018 di Rusia.

Brazil kini berada di kedudukan keenam dalam kempen kelayakan zon Amerika Selatan, yang mana belum cukup untuk layak. Tite disahkan sebagai jurulatih oleh Persekutuan Bola Sepak Brazil pada hari Isnin, dengan presiden bekas kelabnya Corinthians mendedahkan Bacchi dipancing untuk menggantikan Dunga selepas Brazil tersingkir di peringkat kumpulan dalam Copa America Centenario.

Tite mengadakan lawatan ke muzium bola sepak di ibu pejabat Persekutuan Bola Sepak Brazil sebelum mengadakan sidang media mengenai pelantikannya. – AFP
Tite mengadakan lawatan ke muzium bola sepak di ibu pejabat Persekutuan Bola Sepak Brazil sebelum mengadakan sidang media mengenai pelantikannya. – AFP