Tite pilih lima pemain tanpa kap

Tite pilih lima pemain tanpa kap

RIO DE JANEIRO, 23 Ogos – Ketua jurulatih baru Brazil Tite semalam menamakan lima pemain tanpa kap bagi skuad 23 pemain pertamanya untuk kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Ecuador dan Colombia September depan.

Dengan beberapa pemain berpangkalan di Eropah dilihat tidak cukup cergas, Tite berpaling kepada pemain muda terdirti dari Gabriel Jesus, Taison, Rafael Carioca, Fagner dan penjaga gol Weverton yang belum pernah beraksi dalam persaingan senior antarabangsa.

Pemain yang ditandatangani Manchester City, Jesus, yang pada masa ini kembali dalam pinjaman di bekas kelab, Palmeiras dan Wverton, yang berjaya menyelamatkan kedudukan dalam kemenangan sepakan penentuan penalti ke atas Jerman dalam persaingan akhir Olimpik minggu lalu.

Pemain penyerang Barcelona, Neymar, yang menjaringkan gol kemenangan sepakan penalti di Maracana ketika pemain muda Brazil memadamkan memori memalukan tewas 7-1 pada separuh akhir di tangan Jerman pada Piala Dunia 2014, diberitahu oleh jurulatih kelab Luis Enrique dia boleh kekal di Brazil sehingga selepas kelayakan Piala Dunia.

Bekas kapten, Thiago Silva, yang tidak beraksi bagi negaranya sejak Copa America 2015, dijangka akan dihubungi semula oleh Tite, tetapi tidak beraksi dalam persaingan ini kerana kecederaan paha.

Jurulatih berusia 55 tahun itu terus meningkat dengan memilih Paulinho yang beraksi bagi Guangzhou Evergrande, bersamanya di Corinthians sebelum midfield itu berlepas untuk bersama pasukan Inggeris Tottenham Hotspur.

Juara dunia lima kali, Brazil bergelut untuk melayakkan diri menyertai edisi 2018 di Rusia, berada di tangga keenam dalam kedudukan Amerika Selatan selepas enam perlawanan. Mereka akan menentang Ecuador di Quito pada 1 September sebelum menghadapi Colombia di Manaus lima hari kemudian. – AFP