Titik berat bacaan Al-Fatihah

Titik berat bacaan Al-Fatihah

Oleh Normazlina M.D

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Feb – Balai Ibadat Kampung Mata-Mata (BIKMM), semalam, telah menganjurkan Bengkel Bacaan Surah Al-Fatihah bagi para jemaah dan Muslimah balai ibadat berkenaan.

Lebih 100 orang peserta yang terdiri daripada 85 orang jemaah lelaki dan 25 orang Muslimah dari Kampung Mata-Mata dan sekitarnya mengikuti bengkel tersebut.

Hadir sebagai tenaga pengajar bengkel itu ialah pembimbing dari Jabatan Hal Ehwal Masjid, Haji Abdul Rahman bin Haji Malik.

Bengkel ini dikendalikan dalam dua siri, yang mana bengkel semalam merupakan yang pertama dan siri kedua akan diadakan pada minggu seterusnya.

Para peserta bengkel yang hadir mengikuti bengkel di Balai Ibadat Kampung Mata-Mata.
Para peserta bengkel yang hadir mengikuti bengkel di Balai Ibadat Kampung Mata-Mata.

Ia antara lain bertujuan bagi memberi peluang kepada para peserta memperbetulkan bacaan Surah Al-Fatihah di samping dapat mengetahui jenis-jenis kesalahan yang biasa dilakukan oleh para pembaca sama ada kesalahan itu boleh membatalkan solat atau tidak.