Titik berat kebersihan makanan

Titik berat kebersihan makanan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 April – Dalam penyediaan makanan, perkara yang paling diambil berat adalah keselamatan dan kebersihan makanan bagi mengelakkan keracunan makanan.

Sehubungan itu, dalam usaha menjaga dan mengelakkan perkara ini berlaku, Sweet Buttone Enterprise telah menganjurkan kursus Keselamatan dalam Pengurusan dan Pembuatan Makanan yang berlangsung di salah sebuah hotel di Gadong, hari ini.

Kursus sehari yang dihadiri oleh 20 orang pengusaha makanan kecil-kecilan dari rumah itu antara lain bertujuan untuk membantu mereka memahami asas dalam kebersihan, keselamatan dan pembuatan makanan yang dihantar ke tempat penjualan ‘Food Cube’.

Antara pembekal makanan yang menghadiri kursus.
Antara pembekal makanan yang menghadiri kursus.

Salah satu langkah bagi memastikan makanan yang disediakan bersih dan selamat adalah dengan menjaga kebersihan diri dan mengamalkan amalan kebersihan yang perlu semasa mengendalikan makanan.

Awang Maidin Tinggal dari Seads Consultancy Services dalam ceramahnya antara lain menyentuh mengenai pencemaran makanan dan penyimpanan makanan yang betul selain menjaga kebersihan, pembuangan dan kawalan serangga.

Beliau juga menjelaskan mengenai cara pencegahan pencemaran di samping mengamalkan kebersihan diri dan menerangkan akta keselamatan makanan.

ARTIKEL YANG SAMA