Titikberat penjagaan kesihatan

Titikberat penjagaan kesihatan

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 1 April – Syarikat Mashhor General Contractor Sdn Bhd melalui Jabatan Korporat HSSE telah menganjurkan Pemeriksaan Indeks Jisim Badan (BMI) yang termasuk pemantauan ketinggian, berat badan dan tekanan darah bagi semua kakitangan dan pekerja syarikatnya di sini, hari ini.

Program yang diketuai oleh Pengurus HSSE, Awang Mohd Rizal bin Dr Haji Abd Latif itu berlangsung di Bilik Persidangan HSSE ibu pejabat syarikat, di G22 Seria.

Pemeriksaan telah dijalankan dengan kerjasama Hospital Suri Seri Begawan Kuala Belait dan diketuai oleh Jururawat Kesihatan Masyarakat, Dayang Isah binti Haji Muli.

Pemeriksaan Indeks Jisim Badan (BMI) telah dilakukan ke atas warga Syarikat Mashhor General Contractor Sdn Bhd.
Pemeriksaan Indeks Jisim Badan (BMI) telah dilakukan ke atas warga Syarikat Mashhor General Contractor Sdn Bhd.

Kira-kira 145 orang dalam kalangan pegawai dan kakitangan syarikat telah menyertai program tersebut yang telah diadakan lebih empat jam bermula pukul 8:30 pagi hingga 12 tengah hari. Ia turut dihadiri pegawai-pegawai dari Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP).

Program pemeriksaan merupakan sebahagian daripada aktiviti suku pertama HLP bagi jabatan tersebut.

Ia antara lain bertujuan untuk memastikan semua kakitangan syarikat sentiasa menyedari kesihatan mereka, bagi memudahkan mereka menjalankan tugas dengan cergas dan sempurna, selain sebagai memberikan kesedaran tentang pentingnya membudayakan gaya hidup yang sihat sepanjang masa.

ARTIKEL YANG SAMA