Titip nilai-nilai MIB

Titip nilai-nilai MIB

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Ogos – Seramai 68 pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke luar negara iaitu United Kingdom (UK) dan Australia pada September 2015 ini, telah menghadiri Muzakarah Nilai-Nilai KeBruneian dalam konteks Konsep Melayu Islam Beraja (MIB), yang berlangsung di Hotel Centrepoint, Gadong, hari ini.

Ceramah telah disampaikan oleh Profesor Madya Dr Haji Hashim bin Haji Abd Hamid, yang antara lain menjelaskan bahawa MIB sudah menjadi cara hidup orang Brunei di mana MIB diisytiharkan bertepatan dengan kemerdekaan Negara pada 1 Januari 1984.

Menurutnya lagi, pandangan hidup dan pegangan negara MIB adalah kesepaduan dan jalinan tiga unsur yang berkait rapat dan tidak boleh terpisah di antara satu dengan yang lain di mana ia sebagai asas kepada keutuhan dan kesinambungan bangsa.

“MIB adalah falsafah sosial atau sistem nilai orang-orang Brunei dalam kehidupan berbangsa dan bernegara,” tambahnya.

Dr Haji Hashim menyampaikan ceramah beliau mengenai nilai keBruneian dalam konteks MIB.
Dr Haji Hashim menyampaikan ceramah beliau mengenai nilai keBruneian dalam konteks MIB.
Antara penerima biasiswa yang menghadiri muzakarah tersebut, kelmarin.
Antara penerima biasiswa yang menghadiri muzakarah tersebut, kelmarin.

Muzakarah anjuran Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja dengan kerjasama Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan ini merupakan salah satu daripada Program Taklimat Sebelum Berlepas bagi Pelajar-pelajar yang Baru Dianugerahkan Biasiswa Kerajaan ke Luar Negara 2015/2016.

Ia antara lain bertujuan untuk mempersiapkan diri para pelajar dalam memahami dan mendalami Konsep Melayu Islam Beraja.

Program taklimat bagi pelajar telah bermula pada 23 Ogos lalu hingga hari ini, yang mana daripada jumlah pelajar yang akan berlepas itu, 16 akan mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di UK dan Australia.

ARTIKEL YANG SAMA