Titip pengetahuan kanser payudara

Titip pengetahuan kanser payudara

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Okt – Pejabat Kedutaan Republik Bangladesh di Negara Brunei Darussalam, hari ini, telah menganjurkan ceramah bertajuk ‘Kesedaran Kanser Payudara, Saringan dan Komitmen Sukarela’ yang diadakan di kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi Republik Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, Jalan Muara.

Kira-kira 50 orang, yang terdiri daripada isteri-isteri diplomat asing ke negara ini serta para pegawai kedutaan asing di negara ini menghadiri ceramah itu yang bertujuan untuk mengumpulkan sumber kewangan bagi Dana Amal Wad Kanser, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh isteri Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh, Dr. Tahmina Begum, yang seterusnya menyampaikan ceramah ringkas mengenai pengurusan penyakit kanser payudara.

Seterusnya Pegawai Perubatan dari Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC), Dr. Shyija, menyampaikan taklimat mengenai peralatan dan kemudahan saringan kanser payudara yang terdapat di pusat itu.

Acara diakhiri dengan jamuan ringan untuk meraikan mereka yang hadir.

Antara yang hadir mendengarkan ceramah tersebut.
Antara yang hadir mendengarkan ceramah tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA