Tivoli baru tampak hebat

Tivoli baru tampak hebat

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jun – Syarikat TCY Motors Sdn Bhd, selaku pengedar tunggal kenderaan jenama Ssangyong, di Brunei telah melancarkan keluaran terbaru jenama itu untuk pasaran negara ini, iaitu SSangyong Tivoli.

Kereta SUV di bawah segmen-B ini menampilkan reka bentuk sportif dengan spoiler belakang dan bumper trapezoid, di samping lampu LED di bahagian depan.

Tivoli terbaru ini, buat pertama kalinya, dikuasakan enjin 1.6 liter e-XGi 160 yang mampu menjana kuasa kuda maksimum 126rpm, dengan transmisi automatik AISIN generasi kedua.

Dari segi keselamatan, kereta buatan Korea ini dilengkapi tujuh beg udara dan 40 peratus daripada rangkanya diperbuat daripada AHSS (Advanced High Strength Steel), yang mampu meminimumkan impak akibat pertembungan.

Ruang dalaman yang berwarna merah hitam menampilkan kelainan dan keunikan tersendiri kenderaan buatan Korea ini.
Ruang dalaman yang berwarna merah hitam menampilkan kelainan dan keunikan tersendiri kenderaan buatan Korea ini.

Reka bentuk depan SUV kompak Tivoli yang nampak garang.
Reka bentuk depan SUV kompak Tivoli yang nampak garang.
Antara pelanggan yang mengambil kesempatan meninjau dalaman kereta kompak ini.
Antara pelanggan yang mengambil kesempatan meninjau dalaman kereta kompak ini.
Tivoli yang dilengkapi dengan lampu LED.
Tivoli yang dilengkapi dengan lampu LED.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kehebatan kereta SUV kompak daripada Ssangyong ini, orang ramai bolehlah berkunjung ke Bilik Pameran TCY Motors Sdn Bhd.

Majlis pelancaran kereta ini berlangsung di hadapan para pelanggan setia TCY Motors di Bilik Pameran TCY Motors, Kiarong, di mana seorang pengunjung bertuah turut membawa pulang telefon pintar Samsung Galaxy S6 dalam cabutan bertuah.

ARTIKEL YANG SAMA