Tivoli comel, bergaya

Tivoli comel, bergaya

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mei – Pengedar tunggal jenama Ssang Yong, TCY Motors hari ini memperkenalkan SUV kompak dan comel, Tivoli yang bukan sahaja tampak moden, malah unik dalam kelompoknya.

Ia direka dengan falsafah mantap, istimewa dan premium (Robust, Specialty and Premium) yang mengutamakan ciri-ciri terkini keselamatan, mesra pemandu dan gaya moden.

Dalam masa yang sama, ia juga menampilkan imej sportif dengan rekaan stereng garisan bawah horizontal, menambahkan lagi keseronokan ketika memandu dengan cengkaman optimum.

Malah, bahan kulit premium meliputi sterengnya menambahkan lagi imej dan sentuhan kelas tinggi serta mempunyai sistem stereng pintar yang boleh menyamai situasi pemanduan, sekali gus memudahkan pengemudian.

Manakala bahagian dalaman lain yang turut menarik perhatian ialah kerusi paling ergonomik yang mengandungi sistem dwi densiti kelembutan dan keanjalan Pullmaflex, mencipta satu kerusi yang memenangi anugerah.

Ssang Yong TIVOLI yang tampak comel dan sportif kini di pasaran Brunei.
Ssang Yong TIVOLI yang tampak comel dan sportif kini di pasaran Brunei.

Ruang penyimpanan lebih besar seakan-akan bercanggah dengan bentuk kereta yang kecil, namun untuk pemandu dan penumpang, ia memberikan keselesaan kaki dan pelbagai aktiviti lain.

Selain itu, Tivoli turut dilengkapi d sistem audio dengan paparan skrin sesentuh 7 inci bagi pelbagai kegunaan.

Aspek keselamatan pula memberikan ketenangan kepada pemandu dengan teknologi terkini dan AHSS (Advanced High Strength Steel), yang mampu meminimumkan impak akibat pertembungan.

ARTIKEL YANG SAMA