TKPM gesa guna Agromoni

TKPM gesa guna Agromoni

TAWAU, 14 Sept – Jabatan Pertanian Sabah mahu peserta Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Tawau memberi penekanan aplikasi kepada amalan agronomi pertanian dalam pengurusan ladang.

Pengarahnya Idrus Shafie berkata perkara itu bagi membolehkan jaminan pengeluaran hasil TKPM Tawau dapat ditingkatkan sekali gus menjana pendapatan peserta.

“Saya juga dimaklumkan pengeluaran hasil daripada projek TKPM Tawau belum mencapai ke tahap yang disasarkan…ini disebabkan oleh amalan agronomi yang diaplikasikan tidak mengikut yang disarankan,” katanya ketika berucap pada majlis menandatangani perjanjian penyewaan tanah dan bekalan air tidak dirawat antara kerajaan negeri dengan sembilan peserta TKPM Tawau, di sini hari ini.

TKPM Tawau seluas 91.5 hektar kini beroperasi melibatkan 44 peserta dengan 35 peserta telah menandatangani perjanjian penyewaan pada tahun lepas. – Bernama