TKS raih kejuaraan Kejohanan Ping Pong Se-Borneo

TKS raih kejuaraan Kejohanan Ping Pong Se-Borneo

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mei – TKS dari Miri, Sarawak meraih kejuaraan dan naib juara dalam Kejohanan Ping Pong Se-Borneo Sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 2016, masing-masing dalam Kategori Terbuka Lelaki dan Kategori Remaja Lelaki dan Perempuan.

Muncul juara dalam Kategori Remaja Lelaki dan Perempuan ialah Extreme Table Tennis Training Centre dari Kuching, Sarawak.

Pasukan Dark Horse dari Brunei Darussalam memenangi tempat kedua Kategori Terbuka Lelaki sementara Persatuan Ping Pong Brunei Darussalam (BDTTA) memenangi tempat ketiga dalam kedua-dua kategori.

Menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi kejohanan yang mengambil tempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (KSNHB) itu ialah Presiden BDTTA, Haji Damit bin Haji Abdul Rahman.

Tiga pasukan terbaik Kategori Lelaki Terbuka bergambar ramai bersama Haji Damit (depan dua dari kiri).
Tiga pasukan terbaik Kategori Lelaki Terbuka bergambar ramai bersama Haji Damit (depan dua dari kiri).

Kejohanan anjuran BDTTA itu hanya mempertandingkan acara berpasukan yang telah dijalankan secara format liga satu pusingan (round robin).

Enam pasukan termasuk dua dari Sarawak telah menyertai kejohanan itu. Lima pasukan menyertai Kategori Terbuka Lelaki iaitu Dark Horse, TKS,

Max Team dari Brunei Darussalam, ASBPPC dari Brunei Darussalam dan BDTTA.

Kategori Remaja Lelaki & Perempuan pula disertai tiga pasukan iaitu BDTTA, TKS dan Extreme Table Tennis Training Centre.