TLDB, KHEU bertahlil di Kubah Makam Diraja

TLDB, KHEU bertahlil di Kubah Makam Diraja

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jun – Sempena memperingati Sambutan Jubli Emas, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah mengadakan majlis bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja, di ibu negara, hari ini.

Majlis keagamaan itu dihadiri oleh Pemerintah TLDB, Laksamana Pertama Pengiran Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Timbalan Pemerintah TLDB, Leftenan Kolonel (L) Haji Othman bin Haji Suhaili, para pegawai kanan TLDB, pegawai-pegawai dan anggota TLDB.

Bacaan surah Yasin dan tahlil telah dipimpin oleh Leftenan Ayza Azrine bin Ayahani dari Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). TLDB ditubuhkan pada 14 Jun 1965 yang dahulunya dikenali dengan nama Bot Seksyen, Askar Melayu Diraja Brunei (AMB).

Sementara itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) juga telah mengadakan majlis seumpamanya sebagai salah satu aktiviti tahunannya.

Majlis bertahlil KHEU di Kubah Makam Diraja, dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, para pegawai dan kakitangan kementerian.
Majlis bertahlil KHEU di Kubah Makam Diraja, dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, para pegawai dan kakitangan kementerian.
Bacaan surah Yasin dan tahlil dipimpin oleh Leftenan Ayza Azrine.
Bacaan surah Yasin dan tahlil dipimpin oleh Leftenan Ayza Azrine.

Hadir di majlis itu ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman.

Turut hadir ialah ​Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar, Setiausaha Tetap, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd Yusof, timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian, para pegawai dan kakitangan KHEU.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan surah Yasin yang dipimpin oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran bin Haji Kunchang, sebelum diteruskan dengan bacaan tahlil dan doa arwah.

ARTIKEL YANG SAMA