TLDB, TLDM akhiri eksesais HORNBILL 25/15

TLDB, TLDM akhiri eksesais HORNBILL 25/15

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Nov – Eksesais HORNBILL 25/15 yang merupakan latihan tahunan di antara Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), telah berakhir kelmarin dengan majlis penutupan dan penyahaktifan Kumpulan Petugas 25.0 di Pangkalan Tentera Laut Sepangar, Kota Kinabalu, Malaysia.

Merasmikan majlis penutupan berkenaan ialah Pemerintah Armada TLDB, Komander Pengiran Mohammad bin Pengiran Haji Damit selaku tetamu kehormat majlis.

Turut hadir ialah Pemerintah Tentera Laut Kawasan 2 TLDM, Rear Admiral Datuk Khairul Anuar bin Yahya.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan, di sini, hari ini, eksesais berkenaan telah dijalankan dalam tiga fasa iaitu Fasa Pelabuhan, Fasa Laut dan Fasa Pasca Laut.

Upacara Menandatangani Laporan Eksesais HORNBILL 25/15.
Upacara Menandatangani Laporan Eksesais HORNBILL 25/15.

Fasa Pelabuhan merangkumi beberapa program pertukaran profesional dan interaksi yang termasuk perancangan dan taklimat Night Encounter Exercise (NEX) serta perancangan siri latihan dan siri perbincangan di antara kedua-dua unit yang ikut serta.

Untuk mengukuhkan lagi hubungan di antara kedua-dua angkatan tentera laut, satu acara sukan dinamakan sebagai Piala HORNBILL, yang merangkumi futsal, bola tampar dan tarik kalat telah dianjurkan di antara kedua-dua pasukan TLDB dan TLDM ketika Fasa Pelabuhan.

Kemudian, kapal-kapal belayar bagi Fasa Laut pada 16 November dan tiba di Kota Kinabalu pada 18 November.

pg04_151121_e

pg04_151121_f

Selama tiga hari di laut, kedua-dua pasukan menjalani latihan-latihan seperti Transit Kawasan Periuk Api, Taktikal Menuver Kapal, Latihan Penembakan Permukaan, Latihan Menaikkan Bendera dan sebagainya.

Kebolehan pertukaran maklumat dan persefahaman di antara kedua-dua angkatan tentera laut telah terbukti dengan pelaksanaan selamat dan berjaya kedua-dua Fasa Pelabuhan dan Fasa Laut.

Sebaik sahaja berakhirnya Fasa Laut, kedua-dua angkatan tentera laut bersidang bagi sesi maklum balas yang dihoskan oleh gabungan kakitangan daripada TLDM, di mana kesemua pengajaran yang diperolehi dikongsi dan dinilai semula bagi manfaat latihan masa depan.

Sementara itu, satu majlis resepsi telah dihoskan oleh TLDM di atas KDB Daruttaqwa, kelmarin, sebelum belayar meninggalkan Pangkalan Tentera Laut Sepangar, hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA