TLDB, USN ceriakan warga SMARTER Austism Edge

TLDB, USN ceriakan warga SMARTER Austism Edge

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Nov – Lebih 100 orang kanak-kanak autisme dari SMARTER Austism Edge bersama para penjaga mereka telah dihiburkan dengan persembahan pancaragam oleh Pasukan Pancaragam Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) bersama 7th Fleet Band dari Tentera Laut Amerika Syarikat (USN), hari ini.

Acara yang diadakan di SMARTER Autism Edge di Kampung Mata-Mata, Gadong itu telah dimulakan dengan ucapan penghargaan dan terima kasih oleh Presiden SMARTER Brunei, Malai Haji Abdullah bin Haji Malai Othman kepada kedua-dua buah pasukan pancaragam kerana berkesudian meluangkan masa untuk menghiburkan dan berinteraksi bersama kanak-kanak autisme melalui persembahan muzik mereka.

Persembahan tersebut juga merupakan salah satu program sempena Eksesais Kerjasama Latihan dan Kesediaan Apungan (CARAT) ke-22 yang diadakan di negara ini, di samping dapat menceriakan warga SMARTER dengan persembahan nyanyian dan beberapa aktiviti permainan yang diungkayahkan.

Kanak-kanak SMARTER dihiburkan dengan persembahan-persembahan nyanyian.
Kanak-kanak SMARTER dihiburkan dengan persembahan-persembahan nyanyian.

ARTIKEL YANG SAMA