TLDM dan TNI-AL utamakan hubungan serumpun

TLDM dan TNI-AL utamakan hubungan serumpun

JAKARTA, 22 Feb – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI-AL) akan memberi fokus baharu dengan lebih mengutamakan pendekatan hubungan serumpun antara kedua-dua buah negara.

Panglima TLDM Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata antara pendekatan hubungan serumpun itu ialah mengeratkan hubungan “rakyat dengan rakyat” dan tidak melayani perkara-perkara yang boleh mengeruhkan hubungan dua hala.

Katanya pendekatan hubungan serumpun itu adalah antara perkara yang dibincangkan dalam kunjungan hormatnya ke atas Menteri Pertahanan Republik Indonesia, Ryamizard Ryacudu di sini hari ini. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA