TLDM tingkat kawalan sempadan

TLDM tingkat kawalan sempadan

LUMUT, 18 Mei – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terus mempertingkatkan kawalan di kawasan sempadan terutama di kawasan utara negara bagi menyekat kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) Rohingya ke perairan negara.

Mengumumkan demikian, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, “Kita telah menggerakkan empat aset ke kawasan sempadan tersebut dan antara kapal yang terlibat dalam operasi itu ialah KD Laksamana Tun Abdul Jamil, KD Kelantan, KD Selangor dan KD Mahawangsa.

“Kita akan menyuruh mereka (PATI) pulang ke negara asal mereka… Kita sedia membantu mereka di laut terutama daripada segi bantuan makanan, selain bantuan yang telah dipanjangkan oleh persatuan Mercy Malaysia dan juga pihak NGO,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Bintara Pertingkat Profesionalisme Tulang Belakang TLDM di Auditorium KD Sultan Idris 1, Pangkalan TLDM Lumut di sini, hari ini. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA