TM pelawa media sertai 1Malaysia Super Sale

TM pelawa media sertai 1Malaysia Super Sale

Oleh Zulkamal Haji Kamis

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Feb – Dengan berpaksikan kepada keseronokan peluang membeli-belah di kota kosmopolitan Kuala Lumpur yang terkenal dan meriah, Tourism Malaysia (TM) telah mempelawa dua wakil media tempatan dan juga seorang penulis blog untuk menyertai acara 1Malaysia Super Sale bermula hari ini sehingga 3 Mac.

Wakil media tempatan yang akan menyertai 30 peserta lain dari seluruh ASEAN itu terdiri daripada para-para media, blogger dan kakitangan TM, telah berlepas ke Kuala Lumpur hari ini bagi menghadiri acara berkenaan.

Turut berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Pengurus Pemasaran TM, Pengiran Haji Noorezamy bin Pengiran Haji Othman.

Para acara itu, wakil-wakil media jemputan TM akan dibawa mengelilingi kawasan yang menarik sekitar Kuala Lumpur seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Menara Kuala Lumpur dan KLCC dan pusat-pusat membeli-belah yang terbesar di Kuala Lumpur.

Wakil media tempatan, Haji Mohd Kamarul Dzaman bin Haji Ajimain dan Awang Muhammad Zulkamal bin Haji Kamis bergambar bersama, Pengiran Haji Noorezamy (tengah).
Wakil media tempatan, Haji Mohd Kamarul Dzaman bin Haji Ajimain dan Awang Muhammad Zulkamal bin Haji Kamis bergambar bersama, Pengiran Haji Noorezamy (tengah).

ARTIKEL YANG SAMA