TNB rakan kongsi Formula E Malaysia

TNB rakan kongsi Formula E Malaysia

KUALA LUMPUR (Agensi): Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjadi rakan kongsi utama Perlumbaan FIA Formula E (ePrix 2015) di Putrajaya, Sabtu ini.

Pengurus Besar Kanan, Hal Ehwal Korporat & Komunikasi, Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin, berkata Beliau berkata, TNB sentiasa menyokong dan prihatin dengan isu-isu global berkaitan alam sekitar dan dasar kerajaan ke arah kelestarian tenaga untuk jangka masa panjang.

“Perlumbaan ini selari dengan slogan ‘Better Environment, Brighter Future’ iaitu kereta elektrik adalah cara pengangkutan masa depan bagi mengurangkan kebergantungan kepada bahan bakar fosil,” katanya selepas majlis penyerahan logo TNB kepada penganjur Formula E Malaysia di sini, semalam.

Penganjur Formula E Malaysia diwakili Ketua Pegawai Komersial, Sharifah Ommunnafis Shariff Abdul Aziz.

Mohd Aminuddin dan Sharifah Ommunnafis pada majlis penyerahan logo TNB sempena penganjuran Formula E Sabtu ini. – Agensi
Mohd Aminuddin dan Sharifah Ommunnafis pada majlis penyerahan logo TNB sempena penganjuran Formula E Sabtu ini. – Agensi

Selain Putrajaya, Formula E 2015 turut diadakan di sembilan bandar lain iaitu Beijing; Rio de Janeiro; Punta Del Este; Buenos Aires, Los Angeles; Miami; Monte Carlo; Berlin dan London.

Kereta lumba dijana kuasa elektrik dalam siri Formula E ini berlumba sebanyak 31 pusingan di atas trek dalam bandar sepanjang 2.56 kilometer, di kawasan bangunan ikonik, sekitar bandar tuan rumah.

Perlumbaan ini membabitkan 10 pasukan terkenal seperti Virgin Racing, Dragon Racing, Team Aguri, E Dams Renault, Audi Sport ABT, Amlin Andretti, Mahindra Racing Team, Trulli Formula E Team, Venturi dan Nextev TCR.