Tobey Maguire beli rumah baru

Tobey Maguire beli rumah baru

PELAKON filem Spiderman, Tobey Maguire membelanjakan sejumlah wang untuk membeli sebuah rumah baru.

Seperti dipetik Daily Mail, kediaman mewah itu terletak di kawasan Brentwood, Tennesee, Amerika Syarikat.

Rumah berkeluasan 1,500 meter persegi itu kelihatan biasa sahaja, namun ruang dalam dilengkapi fasiliti lengkap dan rekaan yang cukup menarik perhatian.

Terdapat enam bilik dan sembilan bilik mandi mewah termasuk sebuah gudang anggur, perpustakaan, pawagam peribadi, gimnasium, kolam mandi dan kawasan untuk beriadah.

Pelakon yang terkenal dengan watak Peter Parker ini baru sahaja mengumumkan perceraian dengan isterinya Jennifer Meyer pada Oktober lalu.

Tobey Maguire membelanjakan sejumlah wang untuk membeli sebuah rumah baru.
Tobey Maguire membelanjakan sejumlah wang untuk membeli sebuah rumah baru.