Tokoh Islam Indonesia kunjungi Mufti Kerajaan

Tokoh Islam Indonesia kunjungi Mufti Kerajaan

Oleh Osman Abu Bakar

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Okt – Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, hari ini menerima kunjungan hormat daripada seorang tokoh Islam Indonesia Dr. (HC) Ahmad Hashim Muzadi, yang pada masa ini sedang berkhidmat sebagai salah seorang Ahli Lembaga Dewan Pertimbangan Presiden Republik Indonesia.

Kunjungan yang berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin di DarulIfta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan itu adalah bagi memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama dua hala antara Republik Indonesia dan Negara Brunei Darussalam terutamanya dalam sektor kemasyarakatan dan kebudayaan.

Turut hadir ialah Duta Besar Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nurul Qomar.

Dr. (HC) Ahmad Hashim Muzadi berada di negara ini bagi rangka lawatan dan dijangka untuk menyampaikan ceramah umum di Universiti Brunei Darussalam dengan temanya ‘Memperkasa Belia ke arah sebuah komuniti ASEAN yang lebih baik.’

Yang Berhormat Mufti Kerajaan semasa menerima kunjungan hormat Dr. (HC) Ahmad Hashim Muzadi di Darulifta kelmarin.
Yang Berhormat Mufti Kerajaan semasa menerima kunjungan hormat Dr. (HC) Ahmad Hashim Muzadi di Darulifta kelmarin.