Tokyo beri amaran kesan Brexit di G20

Tokyo beri amaran kesan Brexit di G20

HANGZHOU, China, 5 Sept – Tokyo telah mengeluarkan amaran paling lantang berhubung kesan sampingan yang mungkin timbul daripada Brexit, berkata firma Jepun mungkin memindah operasi utama dari Britain ke Eropah jika mereka kehilangan kemasukan percuma ke pasaran tunggal itu.

Dengan sidang kemuncak G20 sedang berlangsung di China, satu pasukan petugas kerajaan Jepun memberitahu Britain dan EU supaya meminimumkan ‘kesan negatif’ Brexit ke atas firma yang menganggap Britain sebagai pintu masuk ke Eropah.

Beberapa syarikat terkenal di Jepun, termasuk Toyota, Hitachi dan bank pelaburan Nomura, sedang menilai semula pelaburan UK mereka selepas Britain mengundi pada Jun untuk keluar daripada 28 anggota EU, menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Tokyo.

“Perniagaan Jepun dengan ibu pejabat Eropah mereka di UK mungkin memutuskan untuk memindah fungsi ibu pejabat mereka ke Kontinjen Eropah jika undang-unang EU tidak digunakan di UK selepas penarikan diri mereka,” kata dokumen setebal 15 muka surat, disiarkan lewat Jumaat.

Topik itu hampir pasti dikemukakan jika Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan pemimpin Britain Theresa May mengadakan mesyuarat mengenai isu sampingan rundingan G20 di Hangzhou.

Presiden AS Barack Obama berkata pada satu taklimat bersama semalam dengan May bahawa mereka telah membincang perdagangan dan kedua-dua negara ingin “memastikan bahawa kami tidak melihat kesan negatif” dalam hubungan komersial mereka.

Jepun telah mengingatkan bahawa sesetengah firmanya tertarik dengan Britain oleh kempen jualannya sebagai landas pelancaran untuk menggunakan pasaran Eropah yang lebih besar – menambah London mempunyai tanggungjawab untuk mengusahakan satu perjanjian selepas Brexit yang melindungi syarikat Jepun.

“Kami meminta UK supaya menimbang perkara ini dengan serius dan bertindak balas dalam cara yang bertanggungjawab untuk meminimumkan sebarang kesan negatif ke atas perniagaan berkenaan,” kata laporan. – AFP