Tokyo pilih Yuriko Koike

Tokyo pilih Yuriko Koike

TOKYO, 31 Julai – Ahli politik veteran Yuriko Koike dipilih sebagai gabenor Tokyo hari ini, menurut keputusan akhir undian dikutip media, menjadi wanita pertama memimpin ibu negara Jepun itu.

Badan penyiar awam NHK, Jiji Press dan media lain meramalkan Koike sebagai pemenang sejurus selepas undian ditutup pada jam 8 malam waktu tempatan.

“Saya akan memimpin politik Tokyo dalam langkah yang tidak dijangkakan, sebuah Tokyo yang tidak pernah anda lihat sebelumnya,” Koike, 64, memberitahu penyokong yang menyorakinya dalam suara serak-serak selepas dua minggu berkempen.

Pilihan raya, ditandingi dengan sejumlah rekod 21 calon, diisytiharkan selepas gabenor sebelumnya Yoichi Masuzoe meletak jawatan atas skandal kewangan. Dia merupakan pemimpin bandar kedua yang meletak jawatan.

Tugasan utama bagi Koike adalah menangani masalah persediaan Tokyo bagi Olimpik Musim Panas 2020 yang dibelenggu beberapa siri skandal mengaibkan dan kos yang meningkat.

Bekas menteri pertahanan Jepun, Yuriko Koike (tengah) dan penyokongnya meraikan kemenangannya sebagai gabenor Tokyo di Tokyo pada 31 Julai. – AFP
Bekas menteri pertahanan Jepun, Yuriko Koike (tengah) dan penyokongnya meraikan kemenangannya sebagai gabenor Tokyo di Tokyo pada 31 Julai. – AFP

Kegembiraan dalam 2013 dalam mendapatkan hak untuk menganjurkan temasya suka itu dihampakan dengan pelbagai halangan dan skandal.

Di sebalik bilangan calon yang ramai, pertandingan dilihat sebagai pertandingan tiga hala antara Koike dan dua calon lelaki, seorang bekas gabenor wilayah dan seorang wartawan televisyen.

Pemimpin sebelum Masuzoe, Naoki Inose – yang mengetuai bidaan berjaya memenangi temasya sukan Olimpik—berundur selepas dikaitkan dengan skandal kewangan peribadi.

Koike, bekas pembaca berita TV, fasih bertutur dalam dua bahasa lain iaitu Bahasa Inggeris dan Arab – yang mana bahasa Arab telah dipelajarinya semasa belajar di Kaherah – dan pernah berkhidmat sebagai menteri pertahanan dan alam sekitar. – AFP