Tolong tahan adik hidu gam

Tolong tahan adik hidu gam

15-tahunBANDAR SERI BEGAWAN, 7 Januari 2002 – Abang kandung seorang penagih menghidu gam yang didakwa mengganggu ketenteraman awam merayu pihak berkuasa mengambil tindakan segera ke atas adiknya itu.

Haji Kassim Haji Omar dari Jalan Bengkurong-Masin membuat rayuan itu setelah beliau serta abangnya menemui jalan buntu untuk terus menjaga adiknya, Abdul Rahman yang kini berusia 27 tahun.

Haji Kassim berkata adiknya yang pernah menyertai Askar Muda sebelum terbabit menghidu gam sering mengamuk di rumah dan memasuki rumah jiran berhampiran jika tidak mendapat bekalan gam bagi meredakan ketagihannya.

Katanya, dengan persetujuan abang serta anggota keluarga yang lain, beliay mengurung adiknya di dalam sebuah bilik khas di rumahnya bagi mengelakkan Abdul Rahman merayau-rayau dan menimbulkan masalah.

Beliau mendakwa dalam kejadian terbaru beberapa hari lalu, Abdul Rahman tiba-tiba menjadi liar lalu memasuki rumah jiran mereka dan menggeledah peti sejuk sebelum keluar menuju ke kedai yang terletak tidak jauh dari situ.

Ketika menemui pengurus kedai runcit yang selalu ‘dikunjungi’ oleh Abdul Rahman, beliau mendakwa lelaki itu kerap ke kedainya untuk membeli gam.

Haji Kassim menjelaskan sebagai abang kandung, beliau kasihan dan sedih melihat adiknya berkeadaan begitu dan berusaha sedaya upaya mengawal gerak-geri adiknya yang didakwanya menghidu gam sejak berusia tujuh tahun.