Tom Hiddleston temui pengganti Taylor Swift

Tom Hiddleston temui pengganti Taylor Swift

SELEPAS berpisah dengan penyanyi Taylor Swift, pelakon Tom Hiddleston dilaporkan sudah menemui pengganti.

Terbaru, gambar pelakon ini bersama seorang wanita berambut blonde berjaya mencuri perhatian paparazi.

Seperti dipetik dari Daily Mail, pasangan ini muncul di kawasan Hampstead, London pada minggu lalu.

Tom ditemani seorang wanita berjalan berdampingan dan wanita tersebut dilihat mempunyai cita rasa fesyen yang hampir sama dengan bekas kekasih pelakon Thor itu.

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada kenyataan dan pengesahan daripada Tom.

Gambar Tom Hiddleston bersama wanita yang dikatakan kekasihnya berjaya dirakam paparazi ketika berada di London.
Gambar Tom Hiddleston bersama wanita yang dikatakan kekasihnya berjaya dirakam paparazi ketika berada di London.