Tomato rahsia kulit kelihatan sihat

Tomato rahsia kulit kelihatan sihat

TOMATO atau nama saintifiknya solanum lycopersicum boleh digunakan dalam pelbagai cara termasuk dimakan secara mentah dan digunakan sebagai bahan dalam masakan, sos, minuman dan kegunaan luaran.

Ia berasal dari Amerika Syarikat dan kemudiannya telah disebarkan ke merata dunia semasa penjajahan Sepanyol ke atas Amerika.

Tomato merupakan sejenis tumbuhan saka yang ditanam sebagai tumbuhan semusim. Ia boleh mencapai ketinggian satu hingga tiga meter dengan memaut pada pokok atau topang yang lain.

Banyak khasiat yang terdapat dalam tomato bila ia kaya dengan vitamin dan mineral semula jadi termasuklah vitamin A, K, B1, B3, B5, B6, B7 dan C.

Ia turut mengandungi folat, besi, kalium, magnesium, kromium, kolina, zink dan fosforus.

Likopena yang terkandung di dalam tomato berfungsi untuk mencuci dan menyegarkan kulit wajah.
Likopena yang terkandung di dalam tomato berfungsi untuk mencuci dan menyegarkan kulit wajah.

Tomato mengandungi likopena yang boleh digunakan sebagai pencuci wajah. Di samping untuk dimakan begitu sahaja, anda juga boleh memotong tomato dan menggunakannya sebagai topeng muka yang dapat mencuci dan menyegarkan kulit.

Bukan itu sahaja vitamin A dalam tomato juga dapat melindungi rambut daripada kerosakan luaran.

Likopen dalam tomato dilaporkan mampu untuk mengawal pertumbuhan sel-sel kanser terutamanya prostat, perut dan korelektal. Jika anda memasak tomato, penghasilan likopen akan meningkat, jadi anda boleh memasak tomato sebanyak mana yang disukai.

Tomato mengandungi vitamin K dan kalsium yang bermakna tulang anda akan kekal kuat asalkan anda selalu makan tomato.

Asid kumarit dan asid klorodgenik dalam tomato mampu membantu bagi melindungi tubuh daripada kesan buruk akibat merokok termasuklah perokok pasif. Eloklah makan tomato untuk melindungi diri daripada asap rokok.

Tomato merupakan sumber terbaik bagi vitamin A dan C di mana kedua-dua komponen itu mampu untuk membantu tubuh membuang radikal bebas bahaya dalam darah.

Namun untuk memastikan penyerapan vitamin C dalam sistem tubuh, sebaiknya makanlah tomato yang mentah.

Tomato mengandungi vitamin K dan kalsium yang bermakna boleh membuatkan tulang anda kekal kuat.
Tomato mengandungi vitamin K dan kalsium yang bermakna boleh membuatkan tulang anda kekal kuat.
Tomato menggalakkan penghasilan asid amino yang dikenali sebagai carnitine yang meningkatkan kadar pembakaran lemak dan cepat mengurangkan berat badan.
Tomato menggalakkan penghasilan asid amino yang dikenali sebagai carnitine yang meningkatkan kadar pembakaran lemak dan cepat mengurangkan berat badan.

Vitamin A, B dan kalium di dalam tomato mampu untuk membantu bagi mengurangkan tahap kolesterol dalam darah. Dalam tempoh masa yang panjang, ia mampu mencegah penyakit berkaitan jantung.

Tomato memiliki mineral yang dikenali sebagai kromium yang bertindak bagi memastikan tahap gula dalam darah sentiasa berada dalam keadaan terkawal.

Oleh itu jika anda menghidap diabetes atau dalam keluarga ada sejarah yang menghidap penyakit ini adalah baik untuk memasukkan tomato ke dalam diet pemakanan seharian.

Tomato membantu bagi memperbaiki sistem pencernaan dan hati yang turut membantu bagi mencegah sembelit.

Justeru, jika anda termakan makanan pedas, bolehlah makan tomato selepas itu.

Jus tomato segar amat baik untuk merangsang tahap kekebalan tubuh. Vitamin C dalam tomato pula mengawal peningkatan hormon tekanan. Ia juga membantu tubuh untuk kekal bertenaga dan sihat.

Jika anda sedang berdiet, inilah masa untuk memasukkan tomato sebagai sebahagian daripada makanan seharian.

Tomato menggalakkan penghasilan asid amino yang dikenali sebagai carnitine. Carnitine dilaporkan meningkatkan kebolehan pembakaran lemak sekurang-kurangnya 30 peratus.

ARTIKEL YANG SAMA