Tomic balas kritikan Federer

Tomic balas kritikan Federer

MELBOURNE, 24 Jan – Bernard Tomic dari Australia membalas kritikan Roger Federer mengatakan bahawa dia masih lagi jauh untuk menjadi pemain 10 terbaik, dan membalas bahawa Roger Federer juga tidak kurangnya yang sekarang ini sangat jauh daripada segi kualiti berbanding dengan Novak Djokovic. Tomic mara ke pusingan 16 Terbuka Australia bagi kali ketiga dengan menewaskan pesaing John Millman semalam, yang sekarang ini menjadi satu-satunya pemain dari Australia yang masih berentap pada pertandingan itu.

Pemain itu, 23, mempamerkan kecemerlangan di Melbourne Park sebelum terjejas sepanjang musim, rekod yang membawa Federer menggambarkan pemain nombor 17 itu terlepas hasratnya bagi berada dalam 10 kedudukan teratas dengan “persaingan panjang”.

“Ya, itu adalah ramalannya. Saya rasa dia juga jauh dari Djokovic jika ia mahu untuk menyatakannya,” kata Tomic selepas kejayaan pusingan ketiganya.

“Jika dia percaya saya terlalu jauh dari 10 kedudukan teratas, saya juga percaya ramalan saya bahawa dia tidak mungkin hampir dengan Novak buat masa sekarang.

“Ia memberikan saya semangat. Saya berusaha ke arah itu. Apabila saya beraksi dengan baik, saya adalah berada di lapan kedudukan teratas dunia. Ranking saya perlu berada di sana.”

Bernard Tomic seakan tidak senang apabila Roger Federer mengkritik mengenai kerjaya tenisnya. – Reuters
Bernard Tomic seakan tidak senang apabila Roger Federer mengkritik mengenai kerjaya tenisnya. – Reuters

Federer, yang belum memenangi sebarang gelaran grand slam sejak 2012 dan tewas lima dari lapan pertandingan menentang Djokovic pada tahun lepas, berkata dalam ulasannya di Brisbane awal bulan ini bahawa Tomic perlu untuk menyedari bahawa tahun ini mengandungi 52 minggu, bukan hanya satu.

Tomic berkata impiannya adalah jauh dari menyertai pemain seperti Tomas Berdych, David Ferrer dan Kei Nishikori dalam rangking kedua pemain di belakang pemenang grand slam. “Saya akan berusaha pada setiap hari untuk berada di 10 kedudukan terbaik. Ia bukan hanya mendapatkan 10 kedudukan teratas. Saya akan berada di sana,” tambah Tomic.

“Ia mengenai untuk kekal di sana. Ia mengenai konsisten. Pemain ini yang sudah berada di sana lima, enam tahun dalam jelajah, anda memiliki Berdych, Ferrer, Nishikori yang sudah ada di sana seketika, mereka begitu konsisten.” – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA